Terms and Conditions
Please read these Terms & Conditions carefully before making a booking. By proceeding with the booking, you are deemed to have agreed to all rules stated.
1. All bookings must be made through the Homestay Booking Form provided.
2. Guests are encouraged to make reservations at least 7 days before the check-in date.
3. A security deposit of RM100 per unit is required to confirm the booking.
4. Full payment must be settled 3 days before the check-in date. Once full payment is received, the Homestay will provide the house key box code. The security deposit will be refunded within 24 hours after check-out if there is no damage or loss.
5. During check-in, the guest who made the booking must be present and show a valid identification card. Keys will not be handed over to any representative.
6. The maximum number of guests allowed is set according to each homestay unit. Please refer to the package details for the specific capacity. The safety and supervision of all children remain the full responsibility of the guests.
7. Standard check-in and check-out times are as follows:
Check-in: 2.00 PM
Check-out: 12.00 PM
*Late check-out is only allowed until 1.00 PM with an additional charge of RM20 per hour.
8. If the booking is cancelled at the last minute, the security deposit will not be refunded. Cancellations are only allowed up to 3 weeks before the check-in date.
*For last-minute cancellations without notice or a valid reason, the Homestay reserves the right to forfeit the entire deposit.
9. If a guest has checked in but wishes to check out earlier than the original date, a penalty of RM50 per cancelled night will be charged.
10. Guests are responsible for the safety of the house and all facilities provided. All switches, fans, lights, TV, and air conditioner must be turned off when leaving the house.
11. Guests are prohibited from damaging or stealing any homestay facilities. The management reserves the right to claim compensation or make a police report if theft, damage, or loss occurs.
12. Guests are not allowed to remove items from the homestay without permission. All items must be returned to their original place before check-out.
13. All kitchen equipment used must be cleaned after use. Food waste and packaging must be disposed of in the trash bin provided.
14. For cleanliness and safety, the following are strictly prohibited inside the homestay:
-
Smoking inside the homestay (RM50 fine if this rule is violated)
-
Bringing pets
15. This homestay is a Halal premises. Guests are not allowed to bring in:
-
Alcoholic drinks
-
Pork or pork-based products
-
Dogs
-
Non-halal food or items
*If this rule is violated, the Homestay reserves the right to terminate the stay immediately without refunding the deposit.
16. For guests who rent the “Kiddo Games” package (swimming pool + football set), any damage, loss, or leakage to the rented items will be subject to a compensation charge of RM100.
17. All personal belongings are the responsibility of the guests. The Homestay is not responsible for any loss or damage.
18. Left-behind items may be claimed from the Homestay. Items not claimed within 2 months from the check-out date may be disposed of without further notice.
19. Guests renting vehicles from Homestay Anak Tioman are fully responsible for any damage, loss, or accidents. No vehicle insurance is provided, and all repair costs are the renter’s responsibility.
20. Rental vehicles from Homestay Anak Tioman are strictly prohibited from being taken to Kampung Juara.
*This restriction is set to avoid the risk of accidents and safety issues
21. Guests are responsible for the homestay keys and vehicle keys (if rented). In case of loss or damage:
-
Homestay Key: RM30 replacement fee
-
Vehicle Key (motorcycle/car): RM50 replacement fee
22. Immoral activities, wild parties, and illegal activities are strictly prohibited.
23. Guests must respect neighbours and avoid causing noise or disturbance.
THE HOMESTAY MANAGEMENT SHALL NOT BE RESPONSIBLE FOR ANY LOSS, DAMAGE, OR INJURY TO GUESTS OR THEIR PERSONAL BELONGINGS WHILE USING THE HOMESTAY FACILITIES. THE USE OF VEHICLES (MOTORCYCLES) DURING THE STAY AND RENTAL PERIOD IS SOLELY THE GUEST’S OWN RESPONSIBILITY AND LIABILITY. THANK YOU.
terma dan syarat
Sila baca Terma & Syarat ini dengan teliti sebelum membuat tempahan. Dengan meneruskan tempahan, anda dianggap telah bersetuju dengan semua peraturan yang dinyatakan.
1. Semua tempahan mesti dibuat melalui Borang Tempahan Homestay yang disediakan.
2. Tetamu digalakkan membuat tempahan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh daftar masuk.
3. Deposit keselamatan sebanyak RM100 bagi setiap unit diperlukan untuk mengesahkan tempahan.
4. Bayaran penuh hendaklah diselesaikan 3 hari sebelum tarikh (check in). Setelah bayaran penuh diterima, pihak Homestay akan memberikan kod kotak kunci rumah. Deposit keselamatan akan dipulangkan dalam masa 24 jam selepas daftar keluar sekiranya tiada kerosakan atau kehilangan.
5. Semasa daftar masuk, tetamu yang membuat tempahan mesti hadir sendiri dan menunjukkan kad pengenalan yang sah. Kunci tidak akan diserahkan kepada mana-mana wakil.
6. Jumlah maksimum tetamu adalah mengikut kapasiti setiap unit homestay. Sila rujuk bahagian butiran pakej untuk kapasiti yang telah ditetapkan. Keselamatan dan pengawasan kanak-kanak adalah tanggungjawab sepenuhnya tetamu.
7. Waktu standard daftar masuk dan daftar keluar adalah seperti berikut:
Daftar masuk: 2.00 PM
Daftar keluar: 12.00 PM
*Daftar keluar lewat hanya dibenarkan sehingga 1.00 PM dengan caj tambahan RM20 sejam.
8. Sekiranya tempahan dibatalkan disaat akhir, deposit keselamatan tidak akan dikembalikan. Pembatalan hanya dibenarkan 3 minggu sebelum tarikh daftar masuk (Check-In).
*Untuk pembatalan saat akhir tanpa notis atau alasan yang munasabah, pihak Homestay berhak menolak keseluruhan deposit.
9. Sekiranya tetamu telah daftar masuk tetapi ingin daftar keluar lebih awal daripada tarikh asal, caj penalti sebanyak RM50 bagi setiap malam yang dibatalkan akan dikenakan.
10. Tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan semua kemudahan yang disediakan. Semua suis, kipas, lampu, televisyen dan penghawa dingin hendaklah ditutup sebelum meninggalkan rumah.
11. Tetamu dilarang merosakkan atau mencuri mana-mana kemudahan homestay. Pihak pengurusan berhak menuntut ganti rugi atau membuat laporan polis sekiranya berlaku kecurian, kerosakan atau kehilangan.
12. Tetamu tidak dibenarkan membawa keluar barangan dari homestay tanpa kebenaran. Semua barangan mesti dikembalikan ke tempat asal sebelum daftar keluar.
13. Semua peralatan dapur yang digunakan mesti dibersihkan selepas digunakan. Sisa makanan dan bungkusan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
14. Demi kebersihan dan keselamatan, perkara berikut adalah dilarang sama sekali di dalam homestay:
-
Merokok dalam homestay (denda RM50 akan dikenakan jika peraturan ini dilanggar)
-
Membawa haiwan peliharaan
15. Homestay ini merupakan premis Halal. Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk:
-
Arak atau minuman beralkohol
-
Babi atau produk berasaskan babi
-
Anjing
-
Makanan atau barangan tidak halal
*Sekiranya peraturan ini dilanggar, pihak Homestay berhak menamatkan penginapan serta-merta tanpa pemulangan deposit.
16. Bagi tetamu yang menyewa pakej “Kiddo Games” (kolam renang + set bola sepak), sebarang kerosakan / kehilangan atau kebocoran pada barangan sewaan akan dikenakan caj ganti rugi sebanyak RM100.
17. Semua harta benda peribadi adalah tanggungjawab tetamu. Pihak Homestay tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan.
18. Barangan tertinggal boleh dituntut daripada pihak Homestay. Barangan yang tidak dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh daftar keluar boleh dilupuskan tanpa notis lanjut.
19. Tetamu yang menyewa kenderaan daripada Homestay Anak Tioman bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau kemalangan. Tiada insurans kenderaan disediakan, dan semua kos pembaikan adalah tanggungjawab penyewa.
20. Kenderaan sewaan daripada Homestay Anak Tioman adalah dilarang sama sekali dibawa ke Kampung Juara.
*Larangan ini ditetapkan bagi mengelakkan risiko kemalangan dan masalah keselamatan.
21. Tetamu bertanggungjawab menjaga kunci homestay dan kunci kenderaan (jika menyewa). Jika berlaku kehilangan atau kerosakan:
-
Kunci Homestay: Caj ganti rugi RM30
-
Kunci Kenderaan (motosikal/kereta): Caj ganti rugi RM50
22. Aktiviti tidak bermoral, parti liar, dan aktiviti menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali.
23. Tetamu mesti menghormati jiran dan tidak membuat bising atau mengganggu ketenteraman.
PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN TERHADAP DIRI TETAMU ATAU HARTA BENDA MEREKA SEMASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN HOMESTAY, PENGGUNAAN KENDERAAN (MOTOSIKAL) SEPANJANG PENGINAPAN DAN SEWAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI TETAMU SENDIRI . TERIMA KASIH.